ARKIB : 09/06/2001
SEVILLE, Sepanyol - Pemain
nombor satu Malaysia, Roslin Hashim semalam tidak lagi menjadi pemain nombor
satu dunia apabila ranking terbaru yang dikeluarkan oleh Persekutuan Badminton
Antarabangsa (IBF) menunjukkan pemain itu jatuh pada ranking keempat dunia.
Keputusan itu diperolehi
selepas Roslin tidak beraksi pada kejohanan berpasukan Piala Sudirman, di sini,
minggu lalu kerana mahu memberi tumpuan pada Kejohanan Badminton Dunia.
Pada kejohanan dunia, Roslin
diletakkan sebagai pemain pilihan pertama dan nombor satu dunia.
Ranking teratas acara
perseorangan lelaki IBF kembali menjadi milik Peter Gade Christensen dari
Denmark sementara Taufik Hidayat (Indonesia) di tempat kedua dan Chen Hong
(China) ketiga.
Sementara itu, Ong Ewe Hock
masih menjadi pemain nombor dua negara dengan menduduki ranking kelapan, naik
dua anak tangga sementara Wong Choong Hann menunjukkan peningkatan ketara dari
ranking ke-43 melonjak pada ranking ke-21 dunia.
Bagi acara beregu lelaki pula,
Choong Tan Fook Lee-Wan Wah naik satu anak tangga dari ranking kelima dunia
kepada ranking keempat, sementara Chan Chong Ming-Chew Choon Eng turun dari
ranking ke-14 ke kedudukan ke-17. - Utusan
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0609&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4beJJd5UT
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan