Sabtu, 18 Mac 2017

Roslin turun ranking lagi

ARKIB : 16/06/2001
PEMAIN perseorangan negara, Roslin Hashim terus tercicir dalam ranking terbaru Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) yang dikeluarkan semalam.

Roslin, 26, yang pernah menjadi pemain pertama Malaysia menduduki tangga teratas ranking dunia kini berada di tangga ketujuh daripada kedudukan keempat sebelum ini.

Pemain profesional naungan Nusa Mahsuri ini terkandas pada pusingan kedua kejohanan dunia di Sevile awal bulan ini apabila tewas kepada pemain Hong Kong, Tam Kai Chuen.

Tiga kedudukan teratas kekal dengan pemain utama Denmark, Peter Gade Christensen yang tewas pada perlawanan akhir Kejohanan Dunia berada di tangga teratas.

Taufik Hidayat dari Indonesia menduduki tangga kedua sementara Chen Hong dari China kekal menduduki tempat ketiga.

Hendrawan dari Indonesia, yang merupakan juara baru dunia selepas menewaskan Peter Gade 15-6, 17-16 pada perlawanan akhir di Seville 10 Jun lalu berada di tangga keempat dengan Lee Hyun Il dari Korea Selatan menghuni kedudukan kelima.

Juara All England, Pulella Gopichand dari India menduduki tangga keenam.

Pasangan Malaysia, Choong Tan Fook dan Lee Wan Wah bangkit dari kedudukan keempat untuk menduduki ranking kedua di belakang pasangan Denmark, Michael Sogaard dan Jim Laugesen.

Satu lagi beregu negara, Chew Choon Eng dan Chan Chong Ming pula berjaya meletakkan diri dalam senarai 10 teratas.

Rangking Terbaru IBF

LELAKI perseorangan:

1.         Peter Gade Christensen (Den) 2350.20 mata

2.         Taufik Hidayat (Ina) 2054.70 mata

3.         Chen Hong (Chn) 2023.85 mata

4.         Hendrawan (Ina) 1755.05 mata

5.         Lee Hyun Il (Kor) 1917.60 mata

6.         Pulella Gopichand (Ind) 1714.05 mata

7.         ROSLIN HASHIM (MAS) 2391.20 mata

8.         Xia Xuanze (Chn) 1718.40 mata

9.         Marleve Mainaky (Ina) 1661.40 mata

10.       Ji Xinpeng (Chn) 1283.40 mata

BEREGU:

1.         Michael Sogaard/Jim Laugesen (Den) 2201.10 mata

2.         CHOONG TAN FOOK/LEE WAN WAH (MAS) 1751.10 mata.

3.         Jens Eriksen/Jesper Larsen (Den) 2216.25 mata

4.         Martin Lundgaard Hansen/Lars Paaske (Den) 1892.40 mata

5.         Tony Gunawan/Halim Haryanto (Ina) 1845.50 mata

6.         Flandi Limpele/Eng Hian (Ina) 1837.65 mata

7.         Lee Dong Soo/Yoo Yong Sung (Kor) 1395.00 mata

8.         Zhang Wei/Zhang Jun (Chn) 1192.80 mata

9.         Ha Tae Kwon/Kim Dong Moon (Kor) 1548.50 mata

10.       CHEW CHOON ENG/CHAN CHONG MING (MAS) 1477.6



Smber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0616&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4bf1wBVMT

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan