ARKIB : 15/08/2001
PEMAIN Nusa Mahsuri, Roslin
Hashim terpaksa menunggu lebih lama sebelum berhasrat menerima skim geran
latihan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).
Permohonan Majlis Olimpik
Malaysia (MOM) agar Roslin menggantikan tempat pelari jarak jauh dan pejalan
kaki Yuan Yufang baru-baru ini ditolak IOC, yang tidak membenarkan pemindahan
penerima skim itu.
Setiausaha MOM Datuk Sieh Kok
Chi berkata, permohonan Roslin akan dikemukakan semula kepada IOC bersama-sama
14 atlet negara lain yang berpotensi untuk menerima geran itu 31 Ogos ini.
Mesyuarat majlis MOM Mei lepas
memutuskan untuk memindahkan akaun Yufang kepada Roslin setelah atlit kelahiran
China itu tidak layak lagi menerimanya.
Menurut Sieh, proses permohonan
oleh IOC dijangka tidak mengambil masa yang lama dan beliau yakin Roslin
mungkin tidak menghadapi masalah untuk menerimanya.
Jika permohonannya diluluskan,
Roslin yang pernah menduduki ranking nombor satu dunia selama dua minggu tiga
bulan lepas, bakal menerima AS$800 (RM3,040) sebulan sehingga berakhir Sukan
Asia 2002 di Pusan, Korea Selatan.
Sekiranya beliau mengekalkan
prestasi sehingga berakhir Sukan Asia 2002, geran latihan itu akan disambung
lagi bagi menghadapi Sukan Olimpik Athens pada 2004.
Buat masa ini, hanya pelayar
Kevin Lim menjadi penerima tunggal Malaysia yang mendapat skim geran latihan
IOC itu. - Bernama
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0815&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4biq5j7Pu
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan