ARKIB : 22/01/2005
KUALA LUMPUR - Hanya keputusan cemerlang pada Terbuka Korea minggu
depan mampu menyelamatkan kedudukan bekas pemain nombor satu dunia,
Mohd. Roslin Hashim dalam pasukan badminton kebangsaan.
Nama Roslin, yang gagal memenangi sebarang gelaran antarabangsa sepanjang 2004 kini disebut-sebut bakal digugurkan selepas tidak disenarai dalam skuad projek 2006/2008.
Prestasi yang tidak menentu dan faktor usia - genap 30 tahun pada 23 Oktober ini dilihat sebagai sebab utama bekas juara Sukan SEA itu tiada dalam senarai pemain yang yang disiapkan bagi menghadapi Sukan Asia dan Komanwel 2006 serta Sukan Olimpik 2008.
Roslin mencatat keputusan buruk pada tiga kejohanan terakhirnya - kandas di pusingan kedua Terbuka Taiwan (November), pusingan pertama Terbuka Singapura (November) dan pusingan kedua Sukan Olimpik di Athens, Ogos lalu.
Pencapaian terbaik juara Terbuka Jepun 2002 itu sepanjang tahun lalu adalah melangkah ke suku akhir Seluruh England dan separuh akhir Terbuka Switzerland.
Ketiadaan pemain-pemain utama dunia dari China dan Indonesia mencerahkan peluang Roslin untuk mara sekurang-kurangnya ke suku akhir Terbuka Korea, sebelum dijangka bertemu pilihan pertama, Peter Gade-Christensen dari Denmark.
Selaku pilihan kelima pada kejohanan enam bintang bernilai AS$250,000 (RM950,000) itu, Roslin mendapat bye di pusingan pertama, bertemu Jung Hung Min dari Korea pada pusingan kedua dan dijangka menentang rakan sengara, Sairol Amar Ayob di pusingan ketiga.
Adiknya, Muhd. Hafiz Hashim, yang berikrar untuk menjadikan 2005 sebagai tahun memulihkan prestasi dijangka berdepan pilihan kedua, Kenneth Jonassen dari Denmark seawal pusingan ketiga.
Pemain muda yang mula mendapat perhatian dan juara Sukma, Kuan Beng Hong pula akan menerima cabaran sengit pemain utama Thailand, Boonsak Ponsana di pusingan ketiga.
Sekiranya melepasi halangan itu, dia bakal berdepan pemain tuan rumah dan pilihan ke-12, Lee Hyun Il di suku akhir.
Cabaran Malaysia dalam perseorangan lelaki juga akan dipikul oleh pemain remaja, Pei Wei Chung yang bakal berdepan pilihan ke-14, Yamada Hidetaka dari Jepun dalam perlawanan pembukaan.
Sementara itu tugas berat menanti beregu muda negara, Gan Taik Chai-Abdul Latif Mohd. Zakry, Mohd. Fairuzizuan Tazari-Lin Woon Fui dan Tan Bin Shen-Ong Soon Hock apabila berdepan pasangan-pasangan utama dunia dalam pusingan awal.
Fairuzizuan-Woon Fui akan memulakan cabaran menentang pasangan berpengalaman Indonesia, Candra Wijaya-Sigit Budiarto, Taik Chai-Abdul Latif pula dijangka bertemu beregu nombor satu dunia, Luluk Hadiyanto-Yulianto Alven juga dari Indonesia seawal pusingan kedua.
Bin Shen-Soon Hock juga tidak lari daripada halangan sulit apabila bakal menentang pilihan ketujuh, Thomas Laybourn-Peter Steffesen dari Denmark pada pusingan kedua.
Dalam saingan beregu wanita, pasangan utama negara, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui berpeluang baik untuk mara sekurang-kurangnya ke suku akhir.
Dua lagi beregu wanita negara yang turut memikul cabaran adalah Fong Chew Yen-See Phui Leng dan Ooi Sock Ai-Mooi Hing Yau, manakala M. Sutheaswari menjadi wakil tunggal Malaysia dalam perseorangan wanita.
Terbuka Korea yang akan diadakan di Stadium Tertutup Dowon, Icheon City akan bermula Rabu depan dan berakhir pada 30 Januari.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan