ARKIB : 29/10/2003
DUA pemain adik beradik, Roslin
dan Muhd. Hafiz Hashim mara ke pusingan kedua badminton Terbuka Hong Kong
selepas menumbangkan lawan masing-masing di pusingan pertama, semalam.
Hafiz yang turut lebih awal di
sebelah pagi menewaskan pemain muda Indonesia, Mahardi Wiempie dengan permainan
terus 15-9, 15-13.
Manakala abangnya, Roslin
menewaskan pemain Taiwan, Chien Yu Hsiu juga dengan permainan terus 15-13,
15-10.
Pada pusingan kedua nanti, Roslin
akan bertemu pemain Hong Kong, Hung Yuk Wong yang menewaskan pemain Australia,
Stuart Brehaut.
Hafiz pula akan ditentang seorang
lagi pemain Hong Kong kelahiran Indonesia, Agus Hariyanto yang menewaskan
pemain negara, Pei Wei Chung.
Cabaran negara dalam acara beregu
hanya akan bermula hari ini apabila Chong Tan Fook/Lee Wan Wah akan beraksi
menentang pasangan Indonesia, Flandi Limpele/Eng Hian.
Sementara itu, beberapa pemain
pilihan utama turut mara seperti Chen Hong dan Xia Xuanze dari China.
Pilihan pertama, Chen Hong
menewaskan pemain Korea Selatan, Park Tae Sang 15-11, 15-8 manakala Xuanze yang
diletakkan sebagai pilihan ketiga menewaskan pemain Filipina, Melvin Llanes
15-10, 15-2.
Seoranng lagi pemain China, Lin
Dan turut mara selepas menewaskan pemain Brazil, Guilherme Pardo 15-3, 15-0.
Lin Dan dijangka akan menanti
Hafiz di pusingan ketiga.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=1029&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4de8CQn6L
© Utusan Melayu (M) BhdSUMBER
Tiada ulasan:
Catat Ulasan