ARKIB : 09/04/2004
MUHD Roslin Hashim mengejutkan pemain pilihan ketiga, Lee Hyun-Il
dari Korea untuk menjadi pemain perseorangan tunggal negara yang berjaya
ke pusingan suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Jepun di Yoyogi
National Gymnasium, Tokyo, semalam.
Bekas juara Terbuka Jepun itu mencerahkan peluangnya untuk beraksi di Sukan Olimpik apabila menang 15-7, 15-11 pada kejohanan lima bintang yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah AS$180,000 (RM646,000).
Kemaraan tersebut akan menyaksikan pemain kelahiran Kelantan itu akan bertemu Bao Chunlai dari China yang turut mara setelah menumpaskan adik Roslin, Muhd. Hafiz Hashim 15-10, 15-10 di pusingan ketiga.
Pemain utama negara, Wong Choong Hann yang diletakkan sebagai pilihan keempat juga kecewa apabila tumpas 15-10, 15-5 kepada Ronald Susilo dari Singapura.
Pemain utama Singapura itu bagaimanapun menghadapi laluan sukar apabila bertemu pemain nombor satu dunia, Chen Hong di suku akhir hari ini.
Chen Hong mara setelah menang mudah kepada pemain Belanda, Dicky Palyama 15-6, 15-4.
Terbuka Jepun merupakan kejohanan kedua terakhir untuk pemain mencari mata kelayakan ke Sukan Olimpik di Athens, Ogos ini.
KEPUTUSAN PERSEORANGAN LELAKI - PUSINGAN KETIGA
Lin Dan (CHN) kln Sony Dwi Kuncoro (INA) 15-9, 15-1; Peter Gade (DEN) kln Xia Xuanze (CHN ) 15-7, 15-12; MUHAMMAD ROSLIN HASHIM (MAS) kln Lee Hyun-Il (KOR) 15-7, 15-11; Bao Chunlai (CHN) kln MUHAMMAD HAFIZ HASHIM (MAS) 15-10, 15-10; Shon Seung-Mo (KOR) kln Niels Christian Kaldau (DEN) 15-9, 15-1; Ronald Susilo (SIN) kln WONG CHOONG HANN (MAS) 15-10, 15-5; Park Tae-Sang (KOR) kln Kenneth Jonassen (DEN) 15-10, 15-6; Chen Hong (CHN) kln Dicky Palyama (NED) 15-6, 15-4 .
PERSEORANGAN WANITA - PUSINGAN KEDUA
Gong Ruina (CHN) kln Karina de Wit (NED) 11-6, 11-1; Wang Chen (HKG) kln Chie Umezu (JPN) 11-6, 11-4; Zhang Ning (CHN) kln Miho Tanaka (JPN) 11-6, 11-5; Nicole Grether (GER) kln Yao Jie (NED) 3-11, 13-12, 11-5 ; Kaori Mori (JPN) kln Aparna Popat (IND) 11-6, 11-7; Mia Audina Tjiptawan (NED) kln Xu Huaiwen (GER) 11-6, 11-9; Jun Jae-Youn (KOR) kln Xie Xingfang (CHN) 11-4, 11-9; Zhou Mi (CHN) kln Ling Wan-ting (HKG) 11-6, 11-2.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan