ARKIB : 08/04/2004
TOKYO - Bekas juara Seluruh England, Muhd. Hafiz Hashim menghidupkan
peluangnya untuk beraksi pada Sukan Olimpik Athens selepas mengejutkan
pilihan ke-10, Chen Yu dari China untuk mara ke pusingan ketiga
badminton Terbuka Jepun bernilai AS$180,000 (RM646,000), semalam.
Kemaraan Hafiz turut disertai oleh abangnya dan juara 2001, Mohd. Roslin Hashim, perseorangan nombor satu negara, Wong Choong Hann serta dua beregu utama, Choong Tan Fook-Lee Wan Wah dan Chan Chong Ming-Chew Choon Eng.
Begitupun juara kebangsaan, Lee Choong Wei kandas pada pusingan pertama selepas tewas 11-15, 15-11, 16-17 kepada pemain Korea, Park Sung-hwan.
Hafiz, ranking ke-28 dunia yang perlu mara sekurang-kurangnya ke separuh akhir Terbuka Jepun dan Kejohanan ABC, bergelut untuk mengalahkan Chen Yu, 12-15, 15-11, 15-5.
Pemain itu turut dipaksa bekerja-keras ketika melepasi pusingan pertama, menewaskan pemain pusingan kelayakan Simon Sontoso dari Indonesia 15-10, 7-15, 15-4.
Ujian getir bakal menantinya hari ini apabila berdepan pemain nombor lima dunia, Bao Chunlai dari China. Chunlai mara selepas menang 15-5, 10-15, 15-3 ke atas Boonsak Polsana dari Thailand.
Sementara itu Roslin menyingkirkan pemain tuan rumah, Koichi Saeki 15-6, 15-1 untuk bertemu pilihan ketiga dari Korea, Lee Hyun Il. Terdahulu Roslin mudah 15-5, 15-10 ke atas Yohan Hadikusuma Wiratama dari Hong Kong di pusingan pertama.
Choong Hann yang mendapat bye pada pusingan pertama diberi tentangan oleh pemain muda negara, Yeoh Kay Bin sebelum menang 15-7, 17-16. Menantinya pada pusingan ketiga hari ini adalah pilihan ke-15 dari Singapura, Ronald Susilo.
Bekas pasangan nombor satu dunia, Chong Ming-Choon Eng yang semakin terdesak untuk memburu tiket ke Athens menghidupkan sedikit peluang mereka selepas layak ke pusingan kedua dengan mengalahkan Sergio Llopis-Jose Antonio Crespo dari Sepanyol 15-7, 15-6.
Begitupun Chong Ming-Choon Eng bakal berdepan tugas sukar apabila menentang pilihan kesembilan, Fu Haifeng-Cai Yun hari ini. Pasangan China itu menewaskan beregu remaja negara, Gan Taik Chai-Koo Kien Keat 15-6, 15-8.
Naib juara Seluruh England, Tan Fook-Wan Wah pula menempah pertemuan dengan beregu berpengalaman Indonesia, Sigit Budiarto-Trikush Aryanto selepas menewaskan pasangan tuan rumah, Toru Matsumoto-Keishi Kawaguchi 15-12, 15-11. - Agensi
KEPUTUSAN:
(Pemain Malaysia sahaja)
Perseorangan lelaki, pusingan kedua: MOHD. ROSLIN HASHIM kln Koichi Saeki (Jpn) 15-6, 15-1; MUHD. HAFIZ HASHIM kln Chen Yu (Chn) 12-15, 15-11, 15-5; WONG CHOONG HANN kln YEOH KAY BIN 15-7, 17-16
Pusingan pertama: MOHD. ROSLIN HASHIM kln Yohan Hadikusuma Wiratama (Hkg) 15-5, 15-10; MUHD. HafiZ HASHIM kln Simon Sontoso (Ina) 15-10, 7-15, 15-4; Park Sung-Hwan (Kor) kln LEE CHONG WEI 15-11, 11-15, 17-16
Beregu lelaki, pusingan pertama - CHOONG TAN FOOK-LEE WAN WAH kln Toru Matsumoto-Keishi Kawaguchi (Jpn) 15-12, 15-11; CHAN CHONG MING-CHEW CHOON ENG kln Sergio Llopis-Jose Antonio Crespo (Esp) 15-7, 15-6; Fu Haifeng-Cai Yun (Chn) kln GAN TAIK CHAI-KOO KIEN KEAT 15-6, 15-8
Beregu campuran, pusingan pertama: Jonas Rasmussen-Rikke Olsen (Den) kln GAN TAIK CHAI-FONG CHEN YEN (MAS) 15-4, 15-6

Tiada ulasan:
Catat Ulasan