ARKIB : 10/04/2004
TOKYO - Kekalahan Mohd. Roslin Hashim kepada pemain muda China, Bao
Chunlai pada suku akhir perseorangan lelaki semalam melengkapkan
persembahan buruk pasukan negara pada kejohanan badminton Terbuka Jepun
yang menawarkan AS$180,000 (RM646,000).
Cabaran Malaysia di Gimnasium Nasional Yoyogi berakhir selepas bekas pemain nombor satu dunia dan juara Terbuka Jepun 2001 itu tewas 5-15, 9-15 kepada pilihan kelima, Chunlai.
Chunlai kini melebarkan rekod kemenangannya ke atas Roslin kepada 2-0. Pemain berusia 21 tahun itu memenangi pertemuan pertama mereka 15-7, 15-10 di suku akhir Kejohanan Dunia, tahun lalu.
Dengan penyingkiran Roslin, pemain-pemain negara kini boleh berlepas pulang lebih awal kerana tiada seorangpun wakilnya akan beraksi di separuh akhir - sama ada dalam saingan perseorangan atau beregu.
Selepas mensia-siakan kesempatan di Tokyo, juara kebangsaan, Lee Chong Wei, bekas juara Seluruh England, Muhd. Hafiz Hashim dan beregu Chan Chong Ming-Chew Choon Eng kini hanya mempunyai Kejohanan Badminton Asia di Kuala Lumpur (20-25 April) bagi melayakkan diri ke Sukan Olimpik Athens.
Bagi pemain utama, Wong Choong Hann, Roslin dan pasangan Choong Tan Fook-Lee Wan Wah, kekalahan di Jepun tidak memberi banyak kesan kepada kedudukan mereka dalam ranking dunia, sekaligus hampir mengesahkan tiket ke Athens.
Sementara itu pemain bukan pilihan, Park Tae-sang dari Korea Selatan mencipta kejutan terbesar pada kejohanan lima bintang itu apabila menewaskan pemain nombor dua dunia dan juara Seluruh England 2002, Chen Hong dari China 15-11, 10-15, 15-10.
Dua lagi tiket separuh akhir perseorangan lelaki pula dilengkapkan oleh pemain nombor satu dunia, Lin Dan dan Ronald Susilo dari Singapura.
Pemain remaja China, Lin Dan bagaimanapun dipaksa bekerja-keras sebelum menumpaskan bekas pemain nombor satu dunia, Peter Gade-Christensen dari Denmark 7-15, 15-9, 15-9.
Ronald, pilihan ke-15 yang mengejutkan pemain negara, Choong Hann pada pusingan ketiga mencipta satu lagi kejutan dan kali ini ke atas pilihan kelapan, Shon Seung-mo dari Korea 15-6, 6-15, 15-0.
China mengesahkan tiket perlawanan akhir apabila Lin Dan bertemu Chunlai hari ini, manakala Ronald akan menentang Tae-sang. - Agensi
KEPUTUSAN (suku akhir)
Perseorangan lelaki:
Lin Dan (Chn) kln Peter Gade-Christensen (Den) 7-15, 15-9, 15-9; Bao Chunlai (Chn) kln MOHD. ROSLIN HASHIM (MAS) 15-5, 15-9; Ronald Susilo (Sin) kln Shon Seung-Mo (Kor) 15-6, 6-15, 15-0; Park Tae-Sang (Kor) kln Chen Hong (Chn) 15-11, 10-15, 15-10
Beregu campuran:
Jens Eriksen-Mette Schjoldager (Den) kln Chris Bruil-Thans Lotte Bruil-Jonathans (Ned) 15-4, 15-4; Nova Widianto-Vita Marissa (Ina) kln Nathan Robertson-Gail Emms (Eng) 15-8, 15-5; Chen Qiqiu-Zhao Tingting (Chn) kln Jonas Rasmussen-Rikke Olsen (Den) 15-12, 7-15, 15-12; Sudket Prapakamol-Saralee Thungthong kam (Tha) kln Kim Yong-Hyun-Lee Hyo-Jung (Kor) 9-15, 15-6, 15-13