ARKIB : 13/09/2008
KUALA LUMPUR - Pemain
perseorangan lelaki negara, Mohd. Roslin Hashim mengetuai kemaraan empat wakil
Malaysia ke separuh akhir badminton Terbuka Taiwan.
Roslin yang kemarau kejayaan
sejak sekian lama mengejutkan pemain veteran China, Chen Hong 21-19, 16-21,
21-12 di suku akhir, semalam.
Beliau akan menentang pemain
Vietnam, Tien Minh Nguyen di separuh akhir hari ini manakala satu lagi separuh
akhir menyaksikan pertemuan pemain Indonesia, Simon Sontoso dan pemain Belanda,
Eric Pang.
Malang bagi seorang lagi pemain
perseorangan lelaki negara, Lee Tsuen Seng yang disekat Simon 17-21, 15-21
dalam satu lagi suku akhir semalam.
Acara beregu lelaki pula
menyaksikan dua wakil negara, Mohd. Razif Latif/Tan Wee Kiong dan Hoon Thien
How/Ong Soon Hock mara ke separuh akhir.
Di suku akhir semalam, Mohd.
Razif/Wee Kiong menewaskan beregu Singapura, Hendra Wijaya/Uki Kasah Yoga
21-18, 21-16.
Manakala Thien How/Soon Hock
menewaskan beregu Indonesia, Hendra Gunawan/Joko Riyadi 16-21, 21-15, 26-24.
Di separuh akhir hari ini,
mereka akan menentang beregu pilihan pertama, Mathias Boe/Carsten Mogensen dari
Denmark manakala Thien How/Soon Hock menentang beregu pilihan kedua, Tony
Gunawan/Chandra Wijaya dari Indonesia.
Seorang lagi pemain negara yang
mara ke separuh akhir ialah Lydia Cheah dalam acara perseorangan wanita selepas
menumpaskan pemain Jepun, Mayu Sekiya 21-18, 17-21, 21-13 di suku akhir.
Lydia akan menentang pemain
tuan rumah, Chin Yi Ju di separuh akhir hari ini manakala satu lagi separuh
akhir mempertemukan Pia Zabedah dari Indonesia dengan pemain India, Saina
Nehwal.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0913&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz50OQsChXt
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan