ARKIB : 08/06/2006
KUALA LUMPUR - Juara Terbuka
Filipina, Muhammad Hafiz Hashim mengetuai kemaraan enam perseorangan lelaki
Malaysia ke pusingan kedua kejohanan badminton Terbuka Singapura semalam.
Cabaran negara pada kejohanan
lima bintang bernilai AS$170,000 itu turut diteruskan tiga beregu lelaki -
Choong Tan Fook-Lee Wan Wah, Chan Chong Ming-Koo Kiet dan Hoon Thien How-Tan
Boon Heong.
Hafiz, 23, pilihan kelima
bagaimanapun dikejutkan dengan kekalahan set pertama sebelum menewaskan Qui Yanbo
dari China 17-21, 21-8, 21-6.
Abangnya dan naib juara Terbuka
Filipina, Muhd. Roslin Hashim tidak menghadapi masalah untuk menyingkirkan
pemain Taiwan, Chen Chih Hao 21-17, 21-9.
Empat lagi perseorangan negara
yang meneruskan kemaraan ialah Ismail Saman, Lim Kenn, Tan Chun Seang serta Law
Yew Thien.
Cabaran bekas pemain nombor
empat negara dan pilihan ketujuh, Kuan Beng Hong bagaimanapun berakhir awal
selepas tunduk 16-21, 21-18, 20-22 kepada jaguh tuan rumah, Ronald Susilo.
Sementara itu Tan Fook-Wan Wah
menundukkan beregu muda negara, Goh Ying Yin-Mohd. Razif Abdul Rahman 21-14,
21-13 untuk bertemu naib juara Terbuka Indonesia, Hendra Setiawan-Markis Kido.
Chong Ming-Kien Keat pula
mengetepikan rakan senegara, Au Kok Leong-Chang Hun Ping 21-9, 21-11 dan akan
menentang satu lagi beregu Indonesia, Rian Sukmawan-Eng Hian.
Hoon Thien How-Tan Boon Heong
bakal berdepan cabaran sukar pilihan kelima, Xie Zheng Bo-Guo Zhendong selepas
mengetepikan Svetoslav Stoyanov-Mihail Popov dari Perancis 23-21, 21-12.
Malaysia turut memiliki dua
wakil dalam beregu wanita pada pusingan kedua hari ini menerusi Wong Pei
Tty-Chin Eei Hui dan Ooi Sock Ai-Fong Chew Yen yang melepasi halangan awal
masing-masing.
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0608&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4lAZqfYds
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan